KUANTAN. 08 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan menyampaikan sumbangan bernilai RM 1500.00 kepada mangsa kebakaran En Omar bin Haris. Kebakaran yang berlaku di rumah yang beliau duduki di Kg. Tengah telah mengakibatkan kerugian besar iaitu sekitar RM 30,000.00. Antara barang-barang yang mengalami kerosakan disebabkan kebakaran ini adalah perabot, 2 biji motosikal, televisyen dan bahagian hadapan kereta alza beliau.