KUANTAN. 21 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan dan Tadika Pintar al-Quran MUIP Batu Tiga telah mengadakan program Taklimat Pengurusan Dan Sistem Pembelajaran Tadika PIntar Al-Quran di Tadika Pintar al-Quran MUIP Batu Tiga. Program ini dimulai dengan bacaan surah Yasin dan Doa selamat.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi penerangan kepada ibubapa dan penjaga anak-anak murid tadika ini tentang sistem dan kaedah yang digunakan oleh Tadika ini dalam mendidik kanak-kanak dalam merealisasikan misi tadika ini iaitu supaya kanak-kanak mampu membaca al-Quran seawal usia 6 Tahun disamping menguasai pelajaran utama iaitu membaca, mengira dan menulis.

Disamping itu juga, program ini diadakan supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengenali lebih rapat dengan para pendidik di Tadika ini. Program ini diakhiri dengan jamuan makan dan ramah mesra antara para pendidik dan ibu bapa murid.