KUANTAN. 07 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Kuantan telah mengadakan program Jejak Asnaf di kawasan Perumahan LKNP, Cenderawasih. Program ini telah mendapat kerjasama daripada JKKK Cenderawih dan Amil Zakat kawasan tersebut. Program ini dijalankan bagi mengenalpasti golongan fakir dan miskin untuk diberi bantuan yang selayaknya untuk mereka. Seramai 10 keluarga telah dilawati dalam program yang dijalankan ini.