ROMPIN. 07 Februari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf di Kampung Sungai Puteri, Rompin. Program secara berkala ini telah diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Sebanyak 14 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program ini turut mendapat kerjasama dari JKKK Kampung Sungai Puteri.