ROMPIN. 29 Januari 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyampaikan bantuan bernilai RM 1000.00 kepada mangsa kebakaran En Anuar Bin Abu Bakar dari Kampung Sepayang. Kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu 27 Januari yang lalu telah mengakibatkan kerosakan pada keseluruhan sistem pendawaian elektrik di rumah beliau disamping kemusnahan pada barang-barang yang lain seperti almari, katil, pakaian dan sebagainya. Kerugian akibat kebakaran tersebut dianggarkan sebanyak RM 7000.00. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa.