PEKAN. 29 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyerahkan sumbangan modal peralatan berupa sebuah mesin rumput kepada Encik Abdul Rahim Bin Omar di Kampung Serun Dalam Nenasi. Mesin rumput ini digunakan oleh beliau bagi menambah pendapatan dengan cara mengambil upah memotong rumput.