PEKAN. 29 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Agas, Pekan serta Amil Kampung Tanjung Agas telah menziarahi lima buah rumah dan melihat sendiri keperluan asnaf-asnaf yang memerlukan di Kampung Tanjung Agas. Program ini dilakukan secara berkala bagi menjejaki golongan asnaf dan melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung.