PEKAN. 12 Januari 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Solat Hajat dan Malam Restu Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan 2018. Program dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Tahlil dan Tazkirah. Selepas Solat Isyak diadakan Majlis Perlantikkan Jawatankuasa Ibu-Bapa dan Cabutan Bertuah serta jamuan makan malam. Objektif diadakan Program ini ialah bagi mewujudkan rasa kebersamaan diantara Ibu-Bapa dan Pentadbiran Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan di dalam memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak di tadika serta di rumah.