PEKAN. 12 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan telah menyampaikan bantuan bencana berjumlah RM1,000.00 kepada Encik Muhammad Bin Awang di Kampung Alor Ara, Pekan. Rumah mangsa telah dihempap pokok pada 12 Januari,2018 (Jumaat) jam 02.00 pagi yang telah mengakibatkan kerosakan sebuah bilik dan merosakkan barang-barang berada di dalamnya. Bantuan ini diharapkan dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa.