ROMPIN. 11 Januari 2018 – Penyerahan bantuan bencana kepada Puan Kamsiah Binti Ariffin akibat kejadian Tanah Runtuh di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Kejadian itu telah mengakibatkan kerosakan pada dinding dan atap di bahagian belakang rumah beliau serta beberapa buah motosikal. Jumlah bantuan yang disampaikan kepada beliau berjumlah RM 1500. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mangsa.