TEMERLOH. 05 September 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi En. Osman dan keluarga di Kampung Bukit Resak, Temerloh. Ziarah ini bertujuan untuk melihat kehidupan beliau yang sangat dhaif berteduh di rumah batu sempit bersama isteri dan 2 anak kecil. Beliau mengambil keputusan untuk tinggal di rumah batu sempit yang dibuat sendiri ekoran tidak mampu lagi membayar sewa rumah kerana pendapatan yang tidak menentu dari kerja kampung yang dikerjaknya. Mendpat maklumat dari briged asnaf muip, pihak muip temerloh terus menziarahi beliau sekeluarga dan meluluskan bantuan bulanan segera seterusnya akan membantu membina rumah baru buat beliau sekeluarga berteduh. Pihak MUIP akan membantu asnaf yang layak sebaik mungkin. Pihak MUIP juga akan sentiasa membantu mana-mana asnaf yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka. #MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf