TEMERLOH. 15 September 2023 – Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Pahang bersama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah berkunjung ke kediaman Ustaz Hamdan bagi memenuhi undangan untuk mensyahadahkan seorang belia berusia 21 tahun memeluk agama suci iaitu Islam
Adik Nurrisha Syahida Binti Johari berusia 21 adalah berasal daripada Kampung Orang Asli Paya Sendayan Temerloh namun menetap bersama keluarga angkatnya di Kampung Cempaka Lanchang sejak kecil lagi. Maka, hasil didikan keluarga angkatnya, kini beliau terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama kehidupannya dan menjalani tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Alhamdulillah, majlis syahadah serba ringkas telah disempurnakan oleh YADIM PAHANG dan MUIP Cawangan Temerloh setelah selesai diberi penerangan ringkas oleh Pengarah YADIM PAHANG berkenaan Islam serta tanggungjawabnya kelak. Penerangan berkenaan Islam adalah wajib kerana ianya sebahagian daripada pengenalan sekaligus persediaan Nurrisha untuk mengamalkan Islam dengan baik.
Seusai selesai majlis syahadah, telah disumbangkan kepada adik Nurrisha Syahida set kelengkapan ibadah dan saguhati wang tunai oleh MUIP serta sedikit sumbangan oleh pihak YADIM PAHANG. Terima kasih kepada pihak yang menjayakan sesi syahadah ini. Moga adik Nurrisha Syahida istiqamah serta sentiasa mendapat petunjuk daripada Allah SWT.
#muallafpahang #yadimpahang #muiptemerloh #dakwahpahang #caknamuallaf #temerloh