TEMERLOH. 17 Ogos 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan peralatan kepada En Jaafar Shah daripada Kg Sempadan, Lanchang.
Beliau telah menerima bantuan peti chiller dan frezzer 2 pintu yang bernilai RM 3,400.00 bagi membantu perniagaan beliau lebih baik pada masa akan datang.
Bantuan ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh, awal pagi ini.
Semoga bantuan yang diterima oleh En Jaafar Shah dapat meningkatkan pendapatan beliau untuk menyara keluarga beliau.
#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf