TEMERLOH. 18 Ogos 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah DI Masjid Kampung Paya Sok,Kuala Krau. Forum ini bertajuk ” Harta Yang Membahagiakan” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel yang dibawakan khas iaitu Ustaz Abd Majid Bin Abd manaf (Penolong Pegawai Zakat daerah Temerloh)seterusnya Ustaz Mohd Razif bin Husin (Pengurus MUIP Cawangan Daerah Jerantut )dan satu orang Moderator Mohd Zohri bin Jamin (Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Temerloh )

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat, kemana harta zakat yang diagihkan dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di Masjid-Masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat