MUADZAM SHAH. 30 Mei 2023 – MUADZAM SHAH, 30 Mei 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah menyerahkan 50 set barangan keperluan asas kepada Amil Zakat Fitrah yang juga Imam Masjid An-Nahdhah Bukit Ibam.

Bantuan makanan asasi ini bertujuan meringankan beban penduduk di kampung tersebut. Dengan pemberian sebegini, sedikit sebanyak dapatlah menjimatkan kewangan mereka kerana tidak perlu membeli barangan ketika ini.

Terima kasih kepada semua pihak khususnya Amil Fitrah Bukit Ibam dan pembantu-pembantunya yang sama-sama membantu menjayakan penyampaian bantuan tersebut.