ROMPIN. 24 Mei 2023 – Seorang asnaf pada hari ini telah menerima bantuan peralatan berupa sebuah Peti sejukbeku, sebuah pemanas air 40 Liter, serta sebuah kanopi berukuran 10×10 yang bernilai RM 3610.00 secara keseluruhan.

Penerima berkenaan, Encik Abdul Rashid Bin Yaacob, 55 telah menerima bantuan berkenaan yang disampaikan oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin di kediamannya yang terletak di Taman Nusa Puteri.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh Encik Abdul Rashid dan isteri yang mengusahakan perniagaan air balang secara kecil-kecilan untuk meningkatkan lagi pendapatan demi memenuhi keperluan mereka serta tiga orang anak di bawah tanggungan mereka.