KUALA LIPIS. 13 Mei 2023 – Sambutan aidifitri bersama masyarakat saudara baharu asli peringkat daerah Lipis kali ini diadakan di perkampungan orang asli Pos Sinderut, Lipis.
Kehadiran sekitar 250 orang masyarakat asli islam di Pos tersebut memeriahkan lagi program aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis.
Antara juadah yang disediakan adalah lemang, satay, mee serta nasi impit yang ia merupakan juadah utama ketika perayaan aidilfitri.
Semoga dengan adanya program ini dapat memberikan kegembiraan dan merasai nikmat menyambut hari raya.