TEMERLOH. 16 Mei 2023 – Kemeriahan dan kegembiraan Syawal wajar dirasai seluruh umat manusia di muka bumi Allah SWT sama ada Muslim ataupun Non Muslim. Kemenangan ini adalah anugerah Allah serta nikmat pemberian-Nya setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga pada Ramadhan yang lalu. Maka, sebagai seorang hamba Allah SWT wajib kita mengangkat rasa syukur atas segala nikmat oleh-Nya.

Nikmat ini turut diraikan bersama penduduk Kampung Orang Asli Sg Enggang, Lanchang bersama MUIP Cawangan Temerloh serta Pejabat Agama Islam dan wakil Penghulu Mukim Semantan. Segala Puji Bagi Allah SWT kerana Majlis Sambutan Eidul-Fitri berjalan dengan lancar. Pelbagai juadah disajikan bagi meraikan penduduk KOA Sg Enggang sebagai tanda penghargaan dan memupuk perasaan sentiasa berkongsi nikmat Allah SWT.

Keraian ini menjadi asbab penguat kepada hubungan silaturahmi antara kita sesama manusia. Oleh itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Cawangan Daerah MUIP Temerloh atas ucapan alu-aluan, Wakil-Wakil Jabatan dan seterusnya penduduk KOA Sg Enggang yang dikasihi sekalian. Moga pada masa akan datang dapat diadakan lagi majlis sebegini demi menjaga keharmonian dan semangat persaudaraan Islam.

#syawalkareem #crewdakwah #dakwahtemerloh #muiptemerloh #paidtemerloh #koasgenggang #modalinsan