KUALA LIPIS. 13 Mei 2023 – Saban tahun Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis mengadakan sambutan aidilfitri bersama saudara baharu selain asli di daerah Lipis.
Golongan yang terdiri dari kaum india dan cina ini sentiasa memberikan sokongan yang baik serta kerjasama yang diinginkan setiap kali program diadakan.
Kehadiran yang menggalakkan dari mereka pada program sambutan aidilfitri pada tahun ini memberikan semangat kepada pihak MUIP untuk terus membantu golongan saudara baharu dan sentiasa cakna keadaan mereka.
Semoga ukhuwah diantara MUIP dan golongan asnaf ini sentiasa terjalin dan mendapat keberkatan.