BERA. 28 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi dan menyantuni seorang pesakit terlantar yang tinggal di Felda Tementi, Bera.

Beliau tinggal bersama dengan kakak kerana beliau telah ditinggalkan isteri dan anak-anak disebabkan masalah keluarga.

Beliau menghidapi penyakit strok sebelah badan sejak 3 tahun yang lalu. Sebelum beliau sakit, beliau pernah bekerja sebagai pemandu lori dan terpaksa berhenti disebabkan masalah kesihatan.

Bantuan hamper barangan keperluan asas telah diberikan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

Setelah disemak, beliau merupakan salah seorang penerima bantuan zakat bulanan dan juga penerima bantuan (e-purse) barangan Pasaraya Darul Makmur (PDM).

Semoga dengan bantuan itu tadi dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung beliau.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat