BERA. 28 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi dan menyantuni keluarga En Karmizan Bin Abd Rahman yang tinggal di Taman Lamanda Permai.

Beliau telah diberhentikan kerja oleh majikan manakala isteri beliau pula bekerja sebagai pembantu kedai makan. Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata dan beliau juga turut menjaga 2 orang anak saudara yang kesemuanya masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

Bapa kepada 2 anak saudara beliau kini berada dalam tahanan penjara. Ibunya pula telah meninggal dunia 11 tahun yang lalu akibat kanser payudara.

Diatas keperihatinan, pihak MUIP telah memberikan sumbangan wang tunai beserta hamper berupa barang keperluan asas.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung beliau.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat