BERA. 28 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi dan menyantuni saudara baru yang tinggal di sebuah rumah kebun milik seorang cikgu yang terletak di Kampung Paya Tateh, Triang.

Beliau merupakan suri rumah sepenuh masa manakala suami beliau pula bekerja sendiri dengan mengambil upah bersih kebun dengan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Beliau memerlukan bantuan kewangan bagi membeli barangan dapur kerana beliau tiada sumber kewangan yang mencukupi.

Diatas keperihatinan pihak MUIP telah menyalurkan bantuan wang zakat serta hamper fidyah berupa barang keperluan asas.

Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh beliau.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat