BERA. 28 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi dan menyantuni asnaf yang tinggal di sebuah pondok kecil milik En Abu Bakar Bin Maideen yang terletak di Felda Triang 1.

Beliau hanya bekerja sendiri dengan mengambil upah mesin rumput dengan pendapatan yang diperolehi tidak menentu, manakala isteri beliau pula tidak bekerja.

Beliau mempunyai seorang anak yang masih belajar diperingkat menengah. Beliau pula tidak mampu untuk bekerja berat kerana menghidap penyakit asma.

Pihak MUIP telah menyerahkan sumbangan wang zakat agar dapat meringankan sedikit beban ditanggung beliau sekeluarga.

Setelah semakan dibuat, isteri beliau merupakan penerima bantuan zakat bulanan sejak tahun 2019.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat