BERA. 28 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi dan menyantuni satu keluarga yang tinggal menumpang di sebuah rumah kedai yang terletak di Felda Triang 1.

Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa manakala suami pula bekerja sendiri sebagai tukang rumah dengan pendapatan yang diperolehi tidak menentu.

Beliau mempunyai seorang anak yang masih belajar diperingkat rendah. Beliau mengharapkan bantuan kewangan bagi membeli tong gas serta barangan dapur kerana pendapatan suami tidak mencukupi.

Diatas keperihatinan pihak MUIP telah membelikan tong gas dan menyerahkan bantuan wang zakat beserta hamper barang keperluan asas agar dapat meringankan sedikit beban beliau sekeluarga.

#MuipBera#BaitulMalPahang #AsnafZakat #CaknaAsnaf #TerimakasihPembayarZakat