BERA. 29 Mac 2023 – MUIP Cawangan Bera telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama saudara baharu dan saudara muslim pelbagai bangsa di Bandar Triang.

Majlis bermula dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ust Syed Mohd Faqeh Muqaddam Bin Syed Mohd Albakir yang merupakan Guru Kelas Fardu Ain MUIP diikuti majlis berbuka puasa, solat isyak dan solat Tarawikh berjemaah dan diakhiri dengan sumbangan hamper kepada penerima.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Majlis Ta’lim Darul Hikmah.

Dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim diantara saudara baharu dengan Muip Cawangan Bera.

#MuipBera
#Muallaf
#SaudaraMuslim