KUALA LIPIS. 27 Februari 2023 – Pengurus Majlis Ugama Islam Pahnag (MUIP) daerah Lipis bersama-sama Daie Lipis,saudara Fawzi Fong sempat meluangkan maza menziarahi mualaf selain asli,saudara Effendi yang menetap di Kampung Chegar Perah.
Beliau baru-baru ini terlibat dengan kemalangan dan alhamdulillah tiada nyawa yang terkorban, hanya mengalami kecederaan patah tulang.
Isteri beliau mengalami patah tulang rusuk, dan kini dimaklumkan beransur-ansur pulih namun tidak dapat melakukan kerja berat dan perlu berhati-hati dalam menguruskan diri.
Encik Effendi berasal dari Sarawak dan telah menetap di Pahang hampir 10 tahun dan ketika ini beliau dapat bekerja kembali selepas mengalami sedikit kecederaan akibat kemalangan yang lalu.