KUALA LIPIS. 07 Mac 2023 – Adik Muhammad Luqman telah menerima bantuan mesin penafasan daripada pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) baru-baru ini.
Adik Luqman mempunyai masalah penafasan semenjak lahir sehingga mengganggu pembesaran fizikalnya dan menyebabkan beliau agak lambat untuk membesar secara normal.
Walaubagaimanapun,ia tidak memberi kesan sampingan yang lain dan kini,beliau kembali normal dan tidak lagi mempunyai masalah pembesaran.
MUIP juga telah menyumbang mesin penyedut kahak dan telah disampaikan oleh wakil MUIP cawangan Lipis sambil disaksikan petugas hospital serta pihak pembekal.
Serahan tersebut diadakan di wad kanak-kanak di Hospital Lipis, juga turut hadir ibu kepada adik Luqman.