BERA. 15 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Bera telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Mesra Prihatin di Perkampungan Orang Asli Gau.

Seramai 90 Ketua Keluarga disantuni sambil menyerahkan barang keperluan harian daripada MUIP di Perkampungan Orang Asli tersebut.

Turut bersama JPPKOA En. Nazlan A/L Mokhtar, Jakoa Bera, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dan Penggerak Jakim.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat membina hubungan yang baik antara penduduk kampung dan MUIP.

#MuipBera
#DakwahBera
#PepimaBera