BERA. 14 Mac 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah mengadakan Program Ziarah Dakwah Mesra Prihatin di Perkampungan Orang Asli Ibam dan Bukit Rok.

Seramai 40 ketua Keluarga islam Ibam dan 4 ketua keluarga Bukit Rok diziarahi dan disantuni sambil menyerahkan barang keperluan harian daripada MUIP di Perkampungan Orang Asli tersebut.

Ziarah ramah mesra ini dipimpin oleh Pepima Nurul Hayati Binti Mahat sebagai penempatan bertugas Koa Ibam dan Bukit Rok. Turut bersama pegawai Jakoa Bera Encik Mohd Razif bin Roslan, Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) dan Penggerak Jakim.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat membina hubungan yang baik antara penduduk kampung dan MUIP.

#MuipBera
#DakwahBera
#PepimaBera