ROMPIN. 14 Mac 2023 – Seorang saudara baharu berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Belangkap telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya, dan beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  Cawangan Daerah Rompin.

Beliau telah dibimbing untuk melafazkan Syahadah serta diberi penerangan berkenaan Islam oleh Pegawai Dakwah MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Mohamad Fahmi Bin Maktar .

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus memahami, mendalami dan menghayati serta kekal berpegang teguh dengan ajaran dan nilai-nilai Islam sehingga ke akhir hayat beliau.