ROMPIN. 13 Mac 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan sebuah Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti bertempat di Kampung Parit Raja, yang terletak di dalam Mukim Pontian, Daerah Rompin.

Program secara berkala ini diadakan bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf yang berkelayakan di kampung-kampung dan penempatan-penempatan penduduk di sekitar Daerah Rompin serta melihat bentuk-bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi meringankan bebanan hidup mereka.

Sekitar 29 buah keluarga dari Kampung Parit Raja telah disantuni dalam program kali ini. Program ini turut dijayakan oleh urusetia-urusetia dari JPKK Kampung berkenaan.

Penganjuran program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan dari seluruh daerah Rompin seterusnya mengelakkan golongan berkenaan dari tercicir menerima bantuan zakat.