TEMERLOH. 02 November 2022 – Setinggi-tinggi ke hadrat ilahi, Program Ziarah Dakwah Prihatin KOA Paya Pelong mendapat sambutan dan alu-aluan yang sangat baik sekali oleh penduduk KOA Paya Pelong terhadap kehadiran MUIP Cawangan Temerloh, PePIMA dan barisan urusetia yang terlibat. Jutaan terima kasih diucapkan juga kepada Yang Beradat Tok Batin KOA Paya Pelong, Harun A/L Sok kerana begitu mesra dan bersikap terbuka atas segala perancangan dan perjalanan aturcara sepanjang program dijalankan. Tanpa sokongan Tok Batin nescaya program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Alhamdulillah, barisan urusetia program telah menziarahi sebanyak 182 keluarga Islam dan bukan Islam dengan sembang santai, sumbangan hamper dan hadiah-hadiah lain sebagai tanda penghargaan buat mereka yang memberikan kerjasama begitu baik sekali. Walaupun keadaan dan cuaca tidak mengizinkan, aktiviti ziarah tetap dijalankan menggunakan kesempatan dan ruang yang ada agar objektif program dakwah ini tercapai.

Oleh itu, penduduk KOA Paya Pelong begitu berterima kasih kepada pihak urusetia kerana sudi bertandang ke kampung mereka agar wujud hubungan baik antara mereka dan agensi-agensi. Justeru itu, diharapkan suatu hari KOA Paya Pelong dapat menjadi sebuah kampung yang majoriti memeluk Islam serta mengamalkan Islam kerana sikap dan keterbukaan mereka menerima Islam.

#MuipTemerloh #PepimaTemerloh #payapelong #ziarahdakwah #Terimakasihpembayarzakat