BERA. 10 November 2022 – MUIP Cawangan Bera telah mengadakan program Ziarah Mesra di Perkampungan Orang Asli Chuat. Penduduk di sini sekitar 60 Ketua Isi Rumah disantuni dan hamper barangan keperluan dapur juga diberikan kepada mereka.

Turut bersama Batin Pigi bin Amau, Jakoa Bera, Penggerak Jakim dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli daerah Bera.

Dengan adanya program seumpama ini, dapat membina hubungan yang baik antara penduduk kampung dan MUIP.

#MuipBera
#DakwahBera
#PenggerakJakim
#PepimaBera