TEMERLOH. 26 Oktober 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 8 di Masjid Kampung Belengu, Temerloh. Forum ini membincangkan ”Kemana Harta Zakat Diagihkan” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Muhammad Khairuddin bin Husin (Pengurus Cawangan Daerah, Muip Cawangan Kuantan) seterusnya Ustaz Muhd Asri bin Awang( Pengurus Zon Tengah,Pusat Kutipan Zakat Daerah Jengka) dan satu orang Moderator Ust Muhammad Alif Najmi bin Mohd Azhar (Pegawai Dakwah, Muip Cawangan Temerloh).

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat, kemana harta zakat yang diagihkan dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di masjid-masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat