MUADZAM SHAH. 29 September 2022 – MUADZAM SHAH, 29 September 2022 – Selain bantuan wang tunai, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui sumber zakat, turut menyediakan bantuan peralatan yang bertujuan membantu asnaf dalam mengembangkan perniagaannya.
Encik Nasir yang menetap di Kota Bahagia, Muadzam Shah, menerima sebuah peti sejuk beku dan sebuah chiller dari pihak MUIP. Semoga bantuan yang berjumlah RM2,380.00 ini dapat dimanfaatkan sebaiknya agar perniagaan beliau bertambah maju dan mampu keluar dari golongan asnaf zakat.