MUADZAM SHAH. 23 September 2022 – Encik Yazid yang tinggal di Desa Jati, Muadzam Shah diziarahi oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah bersama AJK Masjid di rumahnya.
Beliau merupakan pesakit buah pinggang tahap akhir dan menjalani rawatan dialisis di Hospital Muadzam Shah. Dalam pertemuan itu, beliau memaklumkan bahawa baru-baru ini beliau menjalani pembedahan tapak fitsula kali kedua di Kuantan.
Pihak MUIP menyalurkan zakat berupa wang tunai RM1,200.00 untuk menampung sedikit sebanyak urusan rawatannya itu serta bantuan zakat secara bulanan berjumlah RM300.00 kepadanya. Semoga beliau bersabar dan terus diberikan kekuatan dalam mengharungi ujian sebegini.