MUADZAM SHAH. 28 September 2022 – MUADZAM SHAH, 28 SEPTEMBER 2022 – Sebaik menerima makluman bahawa seorang pesakit yang baru mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah segera menziarahi beliau.
Puan Azizah yang tinggal di Desa Mawar diserang penyakit strok, menerima kunjungan pihak MUIP ke rumahnya. Turut hadir ketika ziarah ini adalah AJK Masjid Lama, Muadzam Shah.
Sebelum beredar,pihak MUIP menyerahkan borang permohonan zakat dan menyampaikan satu set barang makanan asasi beserta wang zakat berjumlah RM150.00.