ROMPIN. 16 Ogos 2022 – Seorang saudara baharu berbangsa Cina yang kini menetap di Kampung Teluk Gading telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya dan beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah bertempat di Surau Raudathul Rahmah, Kampung Pianggu.

Beliau telah dibimbing untuk melafazkan Dua Kalimah Syahadah oleh Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi serta diberikan penerangan mengenai Islam oleh pegawai berkenaan.

Beliau seterusnya akan diletakkan di bawah bimbingan Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik di Kampung Teluk Gading khusus untuk mengelolakan kelas-kelas pengajian agama dan Fardhu Ain kepada golongan saudara baharu di kawasan berkenaan.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus memahami, mendalami dan menghayati serta kekal berpegang teguh dengan ajaran dan nilai-nilai Islam sehingga ke akhir hayat beliau.