BERA. 24 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Cawangan Bera dengan kerjasama Pengerusi JKKK Kg Guai, Penghulu Mukim Bera serta Amil Kg Guai telah menziarahi dan menyantuni seramai 17 orang asnaf dalam Program Cakna Asnaf Bersama Komuniti.
Aktiviti ini bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada sebelah petang. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah ziarah rumah ke rumah serta penyerahan hamper fidyah berupa barang keperluan asas.
Program ini merupakan salah satu pendekatan dalam usaha menjejaki serta membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, ibu tunggal, pesakit terlantar dan juga orang kurang upaya (OKU).
Pada sebelah malam pula, pihak muip juga telah menjalankan forum khairul ummah yang bertajuk (kemana wang zakat anda diagihkan) bertempat di masjid kg guai.
Tujuan pihak muip mengadakan forum tersebut adalah untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada masyarakat apakah peranan serta fungsi Pusat Kutipan Zakat (PKZ) dan juga Majlis Ugama Islam Pahang MUIP).
Semoga dengan usaha sebegini melalui kerjasama semua pihak, golongan asnaf dan yang memerlukan akan terus terbela.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat