MUADZAM SHAH. 06 Julai 2022 – MUADZAM SHAH, 06 JULAI 2022 – Sebanyak 20 set barangan makanan asasi disediakan oleh pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah kepada penduduk yang memerlukannya sekitar Bukit Ibam.
Tujuan pemberian barangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi ketika perubahan harga barangan asasi yang dilihat kian meningkat. Semoga dengan pemberian secara percuma ini, dapatlah membantu mereka yang kurang bernasib baik dikalangan kita.