TEMERLOH. 12 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang hari ini telah mengagihkankan bantuan AZAP. Seramai 16 orang pelajar miskin dari Sekolah Menengah Ugama Majlis Darul Naik menerima zakat wang tunai sebanyak RM 200.00 setiap seorang.

Serahan sumbangan zakat ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Temerloh, Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban para pelajar tersebut.

#muiptemerloh
#caknaasnaf
#baitumalpahang
#terimakasihpembayarzakat