KUALA LIPIS. 14 Ogos 2022 – Program ziarah dakwah di Kampung Orang Asli Simoi Baru, Pos Betau berjalan dengan lancar hasil kerjasama penduduk kampung dan pihak penganjur.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis dengan kerjasama PEPIMA, Penggerak Masyarakat Orang Asli serta guru briged dakwah.
Dimulai dengan ziarah sambil bertanya khabar di setiap rumah di kampung tersebut.
Kemudian diadakan acara sukaneka yang disertai dari pelbagai golongan usia.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada wakil penduduk kampung pada jam 6.00 petang.