MUADZAM SHAH. 14 Ogos 2022 – MUADZAM SHAH, 14 OGOS 2022 – Sukan adalah antara cara mendekati anak muda masyarakat orang asli untuk menarik minat mereka mendalami agama Islam. Oleh yang demikian, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah telah mengatur satu program yang diberi nama Sukan Rehlah Saudara Baru Muslim yang dijalankan di Kampung Orang Asli (KOA) Buluh Nipis, Muadzam Shah.
Pengisian dalam program sukan ini termasuklah perlawanan sepak takraw dan solat berjemaah di surau kebenaran jumaat Buluh Nipis. Penyertaan dari kalangan masyarakat asli sangat menggalakkan.
Program sukan kali ini dianjurkan bersama Penggerak JAKIM dan PePIMA. Semoga ukhwah sesama muslim terus terjalin dan berkekalan selamanya. Terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan program sebegini dan tahniah kepada pasukan yang berjaya.