TEMERLOH. 10 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah membawa kontraktor bagi kerja kerja baikpulih rumah asnaf yang telah mendapat bantuan baik pulih rumah.

Pn Hasnah daripada Kg Desa Murni Sanggang mendapat bantuan baikpulih lantran daripada hasil program cakna asnaf pada bulan yang lalu. Kerja kerja baikpulih dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik Muip.

Semoga kerja kerja ini berjalan dengan baik agar asnaf yang terlibat dapat menduduki rumah tersebut dengan selesa.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat