ROMPIN. 15 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin terus komited menyantuni Masyarakat Orang Asli di daerah ini dengan menganjurkan Program Ziarah Ramah Mesra di Kampung Gading.

Sebanyak 10 buah keluarga dari kalangan Masyarakat Orang Asli yang tidak beragama Islam telah disantuni dalam program berkenaan. Pengisian yang diadakan dalam program berkenaan adalah ziarah ramah mesra dan dakwah santai dari rumah ke rumah kesemua keluarga berkenaan.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu memperkenalkan dan mendedahkan Masyarakat Orang Asli khususnya bagi mereka yang tidak beragama Islam dengan keindahan ajaran Islam disamping mengeratkan hubungan antara mereka dengan agensi terlibat.