KUALA LIPIS. 02 Ogos 2022 – Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) berusaha sebaik mungkin dalam membantu asnaf-asnaf di negeri Pahang.
Antara usaha yang dilaksanakan adalah menyediakan baucar barangan kepada asnaf yang berkelayakan.
Baru-baru ini MUIP cawangan Lipis meninjau serta memantau kedai barangan runcit atau pasaraya yang mampu bekerjasama dan menyediakan perkhidmatan dan barangan kepada asnaf yang menerima bantuan baucar bagi tujuan penebusan.
Dua buah kedai runcit yang umumnya lengkap barangan keperluan asas berjaya ditemukan sebagai calon dan perbincangan ringkas bersama pengurus kedai telah dijalankan.
Ini sebagai gambaran awal perkhidmatan dan kaedah urusan penebusan baucar dari kalangan asnaf.
Jika pihak MUIP dan pasaraya (kedai) bersetuju untuk bekerjasama,maka ini akan memudahkan asnaf-asnaf berdekatan menggunakan bantuan baucar makanan dan dapat menjimatkan masa dan tenaga.