ROMPIN. 15 Ogos 2022 – Seorang saudara baharu yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Serdang telah diberi Taufiq dan Hidayah oleh Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya, dan beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin.

Saudara baharu ini akan diberi bimbingan oleh Guru Briged Dakwah MUIP Daerah Rompin yang dilantik di KOA berkenaan, serta diletakkan dibawah pengawasan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Rompin, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM Daerah Rompin serta Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (PePIMA) Daerah Rompin.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus mendalami dan menghayati serta kekal berpegang dengan ajaran Islam sehingga ke akhir hayat beliau.