KUALA LIPIS. 05 Ogos 2022 – Che zalmuni, gembira dan bersyukur di atas bantuan rumah baharu asnaf yang disumbangkan oleh Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP).
Selama ini beliau yang tinggal bersama anaknya terpaksa menyewa dua buah rumah disebabkan perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Dengan sumbangan rumah oleh pihak MUIP ini telah memberi nafas lega kepada beliau dan anaknya kerana dapat meringankan beban dan menghilangkan kekusutan yang beliau hadapi.