MUADZAM SHAH. 11 Ogos 2022 – MUADZAM SHAH, 11 OGOS 2022 – Seramai 114 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) diberikan zakat wang tunai RM200.00 setiap seorang. Serahan zakat ini disampaikan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah yang bertempat di Surau Al-Ghazali sekolah tersebut.
Wang zakat ini bertujuan membantu sedikit sebanyak keperluan para pelajar dalam tempoh pengajian mereka samada untuk menyelesaikan hutang yuran sekolah ataupun membeli pakaian sekolah yang telah keuzuran.
Pihak MUIP sentiasa mengalukan permohonan zakat dari mana-mana sekolah untuk diberikan kepada pelajar mereka yang kurang berkemampuan tanpa menetapkan tarikh tutup permohonan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat MUIP berhampiran. Bagi kawasan Muadzam Shah, sila hubungi 09-4523324 atau 019-9147235.