BERA. 10 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Bera telah menziarahi serta menyantuni seorang pesakit lumpuh, Siti Habsah Aziz 39, di Taman Kerayong Jaya.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai makan di Bandar Kerayong. Kejadian berlaku ketika beliau sedang menyapu sampah dihadapan rumahnya, tiba-tiba terasa pening dan pitam hingga beliau rebah.

Anaknya ketika itu, berada dirumah terkejut dengan keadaan ibunya dan bergegas membawanya ke hospital. Doktor mengesahkan beliau mengalami serangan strok hingga menyebabkan sebelah kiri badannya lumpuh.

Menurut anaknya, Muhammad Farith Daniel Abdullah, 22 berkata, ibunya sudah tidak mampu untuk menguruskan dirinya dan hanya terlantar di atas katil di ruang tamu rumahnya. Ibunya juga terpaksa dipakaikan lampin pakai buang bagi memudahkan urusan beliau dan tidak perlu ke tandas.

Anak sulungnya, Muhammad Farith Daniel Abdullah, 22 yang sebelum ini bekerja di Alam Flora terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga ibunya setiap masa.

Diatas keperihatinan, pihak MUIP telahpun menyalurkan bantuan zakat kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

#muipbera
#caknaasnaf
#terimakasihpembayarzakat